KURSUS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 1-2012

Salam Radio Amatur,

Dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Persediaan bagi Peperiksaan Radio Amatur siri 1-2012 seperti berikut.


Tuan/Puan boleh mendaftarkan penyertaan dengan mengisi borang ONLINE berikut:

http://www.emailmeform.com/builder/form/85dI7pgsocrY7hyBvQH1zCfdA

Semoga dengan kelas persediaan ini dapat membantu tuan/puan untuk meneroka ilmu menerusi RADIO AMATUR.

73

Admin

LATEST GUIDELINE AMATEUR RADIO SERVICE 2012



Clear frequencies for Japanese rescue effort

Dear all Malaysian Ham Members,

In the view of the recent Japanese earthquake and tsunami, we would like to
request our ham members to observe the following request, to clear the
frequencies for Japanese rescue effort.

The following was received from Mr. Dave Raycroft, VA3RJ of I.C.P.O.
(Islands, Castles & Portable Operations). Also, below are some important and
usefull links for all.

===========================================
Message from Toru, JG1EIQ

Following freq's are assigned for emergency QSO. Please be clear. Thank you
for your kind help!

Ops JARL & volunteers -
3520 to 3530,
7025 to 7035,
14090 to 14110,
21190 to 21200,
28190 to 28210,
50100, 51000,
14100, 14500,
430100,
433000 kHz.

DXped Ops - Please kindly consider QSX freq & RTTY freq.

73 and Good DX!
Dave Raycroft, VA3RJ
Home of ICPO: http://webhome.idirect.com/~va3rj/

- Relayed info from MARES email -

ANTENNA PARTY 12/3/2011

Come and support this activity!!! You'll sense a differences.

Tarikh : 12hb Mac 2011
Masa : 9:30pg hingga 1:30ptg
Tempat : Kelab Mares Petaling Jaya
Organizer : 9M2RZL

Project per planned:

1) TRAP DIPOLE (80m, 40m, 20m, 15/18m, 10m)
2) ANTENNA G5RV
3) LOOP ANTENNA (MAGNETIC LOOP)
4) SPYDERBEAM ANTENA

Click HERE to get more info regarding antenna structure.

Appreciate if you can make yourself available. This is not only open to amateur radio members but open to ALL.

They will be no meals provided during event and a potluck is most welcomed.

73

SEANET 2012


Suka Duka Komuniti Wilayah V17

Salam hormat semua,
Sebelum kami memulakan coretan, kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada rakan kita iaitu 9W2NHE atau panggilan mesra SHAM. Bagi rakan-rakan yang pernah melawat aprs.fi, sudah tentu kita akan perasan satu digipeater di Taman Desa, Jln Kelang Lama di tag atas callsign 9W2NHE-3.


Untuk makluman semua, beliau telah ke rahmatullah pada 16 Oktober 2010 baru-baru ini kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ini cukup memeranjatkan kami yang menerima mesej tersebut dari rakan kita iaitu 9W2BDE. Pada masa yang sama juga waktu itu, kami sedang sibuk dengan aktiviti JOTA SEDUNIA yang sedang berlangsung. Pada hari yang sama juga kami menerima maklumat Ayahanda kepada saudara 9W2TZ telah ke rahmatullah. Takziah buat beliau. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kerana sikap beliau yang disenangi oleh rakan-rakan. Kerana beliau juga, maka berdirilah APRS digipeater di tengah kawasan kuala lumpur. Semoga roh mereka ini ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Lanjutan dari aktiviti JOTA Sedunia ke 53 yang berlangsung, kali ini lokasi yang dipilih adalah di puncak kawasan GENTING HIGHLANDS. Lebih kurang 45 contact station diperolehi dan signal yang diterima dari rakan-rakan sebelah benua Amerika juga kuat. Station dikendalikan oleh Station Master iaitu saudara Rizal 9M2RDX yang kental dan tidak putus-putus cuba melakukan contact walaupun dalam keadaan propogasi yang kurang memuaskan. Apa yang menarik sepanjang acara ini berlangsung adalah terdapat 6 jenis antena yang dinaikkan pada hari tersebut. Antaranya adalah Homebrew Delta loop, broadband dipole, Buddipole, homebrew dipole, Monoband Yagi dan long wire. Dengan suhu lebih kurang 19'celcius menjadikan acara ini lebih rancak disamping hidangan makanan dari chef danau kota yang panas serta menyelerakan.

Satu perkara yang menarik perhatian kami di situ adalah kualiti kebersihan tandas rumah kongsi pekerja kawasan itu yang boleh kami berikan skor A. Apapun kepuasan jelas terpancar dari setiap peserta yang mengikuti acara ini sehingga turunnya bendera Malaysia pada keesokan harinya.

Sebelum acara ini, kami juga tidak pernah lepas dari mengikuti pertandingan FOX HUNT yang dianjurkan oleh rakan-rakan Melaka pada 26 Sept 2010 yang lalu. Kali ini acara dilaksanakan bermula dari Menara Keris sehinggalah sekitar 3km termasuk A-Famosa, Jonker Street. Hanya dua rakan sahaja yang dapat turut serta iaitu 9M2PRO dan 9W2WF. Yang lain terpaksa mengalah dengan kekangan dari tugas dan hal keluarga yang lebih penting jatuh pada hari selepas kemuncak Hari Raya. Bezanya kali ini juga amatlah mencabar para peserta kerana kali pertama mode AM digunakan. Dalam keadaan sesak dikelilingi oleh pelancong asing, mata mereka terpaku apabila kami berlepas sambil memegang antena mencari musang yang disembunyikan. Tidak terkecuali mereka yang bertanya bagaimana permainan di jalankan. Dalam keadaan panas, signal AM juga mempunyai ciri-ciri pantulan yang berbeza berbanding mode FM sebelum ini. Adalah menjadi adat bertanding kali ini kejuaraan jatuh kepada KELAB PERODUA VIVA (VIVAC) yang membawa pulang wang hadiah RM600. Tahniah pada mereka yang menang. Di harapkan mereka akan dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan yang mana dijanjikan konsep Mobile FOX HUNT. Apa lagi...ayuh...siapkan senjata anda.


Dapatkan cerita lanjut beserta gambar di sini.

http://www.myardfsport.com/Mc_ARDFZ926.htm

Sedikit sebanyak coretan dapat dirungkaikan supaya dapat mengekalkan momentum dalam hobi ini. Ini juga belum termasuk Asian Pacific Region JOTA yang mana banyak juga yang boleh dikongsikan bersama di sini akan tetapi saya akan kemaskini apabila masa mengizinkan.

73

 
Template by: WilayahV17