
Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab yang berkelapangan untuk hadir:
Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2
Tarikh : 19 FEBRUARY 2010/Jumaat
Waktu : 8.30 malam sehingga 11 malam sahaja.
Lokasi : Restoran NZ CURRY HOUSE, Wangsa Maju ( Sebelah Carrefour Wangsa Maju, berdekatan Wangsa Walk, berhadapan KFC dan PIZZA HUT)
GPS Coordinates:
3.197988273119358, 101.7444384098053
atau
N 03' 11.52' , E 101' 44. 39
Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.
Sila bawa bersama borang yang lengkap:
1) Recommendation 9M (download here)
2) Statutory Declarations (download here)
*Makan dan minum adalah di atas tanggungan sendiri.
Apa yang menarik malam itu :
>>PesuruhJaya Sumpah
>> Flea Market
Standby Freq - 145.2125Mhz
Jumpa di sana.
73
View Larger Map
Penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan 9M yang sudi hadir dan meluangkan masa berkongsi pengetahuan dan pengalaman disamping kesempatan ini juga di ambil oleh rakan-rakan yang baru lulus RAE bagi mendapatkan tandatangan dari dua orang 9M sebagai syarat memohon Penguntukan Radas (AA) bagi kelas B iaitu 9W.
Terukir sejarah eyeball bersama 9M pada malam ini apabila seramai 70 orang telah mendapatkan tandatangan 9M2 selain beberapa rakan 9W2 yang turut serta memeriahkan majlis ini. Jumlah keseluruhan rakan-rakan yang hadir adalah dalam anggaran 200 orang berdasarkan kepada buku log kedatangan, buku log pesuruhjaya sumpah dan rekod makan dan minum.
