Sesi Eyeball QSO bersama 9M2 (1-2009)

Terima kasih pada semua rakan yang hadir bagi menjayakan Sesi Eyeball QSO bersama beberapa 9M.

Penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan 9M yang sudi hadir dan meluangkan masa berkongsi pengetahuan dan pengalaman disamping kesempatan ini juga di ambil oleh rakan-rakan yang baru lulus RAE bagi mendapatkan tandatangan dari dua orang 9M sebagai syarat memohon Penguntukan Radas (AA) bagi kelas B iaitu 9W.


Antara beberapa 9M yang hadir adalah :

  1. 9M2RS
  2. 9M2ALL
  3. 9M2RZL
  4. 9M2SQL
  5. 9M2ADI

Terukir sejarah eyeball bersama 9M pada malam ini apabila seramai 70 orang telah mendapatkan tandatangan 9M2 selain beberapa rakan 9W2 yang turut serta memeriahkan majlis ini. Jumlah keseluruhan rakan-rakan yang hadir adalah dalam anggaran 200 orang berdasarkan kepada buku log kedatangan, buku log pesuruhjaya sumpah dan rekod makan dan minum.
******************************************************************************************************

Dengan segala hormat menjemput rakan-rakan radio amatur tidak kira kelab yang berkelapangan untuk hadir:

Program: Sesi Eyeball QSO bersama 9M2
Tarikh : 18 OGOS 2009
Waktu : 8pm - 10.30pm
Lokasi : Restoran Tom Yam Azizatul Hasanatul , Jalan Ukay Perdana 4, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang Selangor (Peta ke lokasi)
GPS Coordinates:
Latitude - 3.20665
Longitude - 101.77228

Bagi mereka yang baru lulus RAE juga digalakkan hadir agar kita dapat mendekati golongan 9M2 dan seterusnya menimba ilmu dari mereka insyaAllah.

***Pesuruhjaya Sumpah juga disediakan****

Standby Freq - 145.2125Mhz

Jumpa di sana.

73

>>>>Sesi Eyeball bersama 9M2 yang lepas klik SINI <<<<<
 
Template by: WilayahV17