TAKZIAH ATAS PEMERGIAN AYAHANDA & KANDA 9W2MOD

09/04/09

Besar dugaan yang diterima buat keluarga 9W2MOD apabila sekali lagi kami dikejutkan bahawasanya Kakaknya pula telah meninggal dunia pagi tadi. Belum habis kesedihan mengenangkan Allahyarham Ayahanda beliau sekali lagi ALLAH menduga umatnya dengan ujian sebegini. AL- FATIHAH.


06/04/09
Salam Semua,

Baru semalam kami berkongsi kejayaan bersama menganjurkan Kejohanan ARDF di Pusat Kokurikulum KL bersama dengan insan 9W2MOD. Hari ini kami dikejutkan dengan berita bahawasanya Ayahanda kepada 9W2MOD (Shahril Anuar Bin Abd Rauf ) atau nama panggilannya MOD telah meninggal dunia di MELAKA pagi ini iaitu bertarikh 6/4/09.

TAKZIAH diucapkan kepada seluruh keluarga 9W2MOD dari kami di Wilayah V17.

Sesungguhnya Allah berhak mengambil dan memberi kepunyaannya, setiap perkara sudah ada ajalnya disisi Allah, maka suruhlah dia bersabar dan mengharap ganjaran kpd Allah.(Bukhari Muslim).

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Sampaikan salam takziah sekiranya anda berjumpa dengan beliau.


 
Template by: WilayahV17