Dilantik menjadi Pemantau Teknikal Komunikasi bagi Persidangan yang sedang berlangsung antara Menteri-menteri Komanwel ke 17 adalah satu pengiktirafan terhadap komuniti Wilayah V17.
Diketuai oleh 9W2SMF dibantu oleh 9W2TLB,9W2SNA dan SWL Budi. Anggota kerja ini telah pun memulakan tugasannya sejak Jumaat lalu iaitu pada 12 Jun 2009 sehingga tamat persidangan pada 19 Jun 2009.
Pengetahuan mengendalikan peralatan radio adalah menjadi batu loncatan untuk mendedahkan kemampuan kita terhadap umum dan seterusnya dapat membuktikan kepentingan komunikasi dalam acara yang besar ini.
Berita dibawah dipetik dr akhbar Berita Harian hari ini, 8 Jun 2009:-
PM rasmi sidang menteri Komanwel
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel Ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama lima hari mulai 15 Jun.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Datuk Kamaruzzaman Mohd Noor, berkata persidangan yang membabitkan 53 negara Komanwel itu dijangka membincangkan mengenai cabaran dan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat global.
Beliau berkata, persidangan itu menyaksikan buat pertama kali Forum Naib Canselor yang membabitkan naib canselor institusi pengajian tinggi awam dan swasta diadakan, selain forum belia dan guru.
Tiga program pendidikan Malaysia disenaraikan memasuki peringkat akhir bagi memenangi Anugerah Amalan Baik Komanwel yang disertai oleh 49 negara.
RAST ARDF Contest on November 5-6, 2016 – Postponed
-
Event Postponed to January 28-29th, 2017 RAST ARDF Contest in Nong Prue,
Bang Lamung Chon Buri on November 5-6, 2016 The Radio Amateur Society of
Thaila...
8 tahun yang lalu