Jemputan :Pameran Radio Amatur di Karnival MPAJ

Menjemput tuan/puan menghadiri Karnival MPAJ sempena Ulangtahun MPAJ ke 17 tahun dan Bulan Kemerdekaan.

Tarikh: 19 July 2009

Waktu : 9 pagi

Lokasi : Pandan Indah, Tanah lapang berhadapan dengan Balai Bomba.(Jalan masuk menuju ke Menara MPAJ.

Disamping itu juga, ahli-ahli radio amatur berdekatan kawasan Ampang juga diberi kesempatan untuk membuka tapak pameran berkenaan radio amatur bagi memeriahkan karnival ini disamping memvariasikan setiap pameran yang ada dengan pendedahan mengenai hobi ini di mata umum.

Marilah ramai-ramai menjayakan karnival ini disamping dapat mengisi waktu lapang bersama keluarga di Hujung Minggu.

JUMPA DI SANA

***Calling Channel******
V17 - 145.2125 Mhz
V47 - 145.5875 Mhz

>>>Petikan dari laman Web MPAJ <<<<

KARNIVAL AMPANG JAYA

Semperna Ulangtahun MPAJ ke 17 tahun dan Bulan Kemerdekaan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjurkan Karnival Ampang pada 17-19 Julai 2009.

Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti ’Battle Of The Band’, Persembahan Kebudayaan, Persembahan Badut, Pertandingan Memasak, ’Fruit Curving’, Pertandingan Bayi Comel, Pertandingan Autoshow dan Kereta Antik, Pertandingan Mewarna, Demo ’Drif Car’ Kawalan Jauh, Pertujukan Moto Polis, Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun, serta Sukaneka. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-42978271/ 42976451.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membuka ruang kepada mana-mana syarikat dan para peniaga yang ingin membeli tapak jualan agar dapat menghubungi Majlis ditalian 03-42968012.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival tersebut. Sehubungan itu, besarlah harapan Majlis agar pihak tuan dapat menghebahkan perkara ini.

Sekian , terima kasih.

“BERBAKTI, BERSIH, BERBUDAYA”


HAJJAH NORHAYATI BT AHMAD

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

B.P YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA

AZ/ KENYATAAN AKHBAR

 
Template by: WilayahV17