Tahniah buat 9W2PRO lulus Ujian CW 2-2009

Pada 7 Oktober 2009 semalam, rakan-rakan dari Wilayah V17 yang terdiri daripada 9W2WF,9W2TLB dan 9W2PRO telah turun ke gelanggang ujian CW sesi ke-2 tahun 2009.

Seramai 24 dari 49 peserta berdaftar telah lulus ujian tersebut termasuk 9W2PRO.

Walaupun 9W2WF dan 9W2TLB tidak berjaya kali ini, tetapi dengan usaha dan pengalaman menduduki ujian kali ini pasti akan digunakan sewajarnya bagi mencipta kejayaan selepas ini.

Terima kasih kepada 9M2RS dan 9W2CIA yang sudi hadir memberi sokongan moral terhadap semua peserta.




 
Template by: WilayahV17