Lanjutan dari aktiviti JOTA Sedunia ke 53 yang berlangsung, kali ini lokasi yang dipilih adalah di puncak kawasan GENTING HIGHLANDS. Lebih kurang 45 contact station diperolehi dan signal yang diterima dari rakan-rakan sebelah benua Amerika juga kuat. Station dikendalikan oleh Station Master iaitu saudara Rizal 9M2RDX yang kental dan tidak putus-putus cuba melakukan contact walaupun dalam keadaan propogasi yang kurang memuaskan. Apa yang menarik sepanjang acara ini berlangsung adalah terdapat 6 jenis antena yang dinaikkan pada hari tersebut. Antaranya adalah Homebrew Delta loop, broadband dipole, Buddipole, homebrew dipole, Monoband Yagi dan long wire. Dengan suhu lebih kurang 19'celcius menjadikan acara ini lebih rancak disamping hidangan makanan dari chef danau kota yang panas serta menyelerakan.
Satu perkara yang menarik perhatian kami di situ adalah kualiti kebersihan tandas rumah kongsi pekerja kawasan itu yang boleh kami berikan skor A. Apapun kepuasan jelas terpancar dari setiap peserta yang mengikuti acara ini sehingga turunnya bendera Malaysia pada keesokan harinya.
Sebelum acara ini, kami juga tidak pernah lepas dari mengikuti pertandingan FOX HUNT yang dianjurkan oleh rakan-rakan Melaka pada 26 Sept 2010 yang lalu. Kali ini acara dilaksanakan bermula dari Menara Keris sehinggalah sekitar 3km termasuk A-Famosa, Jonker Street. Hanya dua rakan sahaja yang dapat turut serta iaitu 9M2PRO dan 9W2WF. Yang lain terpaksa mengalah dengan kekangan dari tugas dan hal keluarga yang lebih penting jatuh pada hari selepas kemuncak Hari Raya. Bezanya kali ini juga amatlah mencabar para peserta kerana kali pertama mode AM digunakan. Dalam keadaan sesak dikelilingi oleh pelancong asing, mata mereka terpaku apabila kami berlepas sambil memegang antena mencari musang yang disembunyikan. Tidak terkecuali mereka yang bertanya bagaimana permainan di jalankan. Dalam keadaan panas, signal AM juga mempunyai ciri-ciri pantulan yang berbeza berbanding mode FM sebelum ini. Adalah menjadi adat bertanding kali ini kejuaraan jatuh kepada KELAB PERODUA VIVA (VIVAC) yang membawa pulang wang hadiah RM600. Tahniah pada mereka yang menang. Di harapkan mereka akan dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun hadapan yang mana dijanjikan konsep Mobile FOX HUNT. Apa lagi...ayuh...siapkan senjata anda.
Dapatkan cerita lanjut beserta gambar di sini.
http://www.myardfsport.com/Mc_ARDFZ926.htm
Sedikit sebanyak coretan dapat dirungkaikan supaya dapat mengekalkan momentum dalam hobi ini. Ini juga belum termasuk Asian Pacific Region JOTA yang mana banyak juga yang boleh dikongsikan bersama di sini akan tetapi saya akan kemaskini apabila masa mengizinkan.
73